AYAM Brand berkongsi panduan memasak, penyediaan dan penyimpanan yang mudah di laman sesawangnya.
AYAM Brand berkongsi panduan memasak, penyediaan dan penyimpanan yang mudah di laman sesawangnya.
TIP memasak Ayam Brand tonjolkan menu sihat menggunakan makanan dalam tin seperti ikan sardin dan tuna.
TIP memasak Ayam Brand tonjolkan menu sihat menggunakan makanan dalam tin seperti ikan sardin dan tuna.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Ramai yang masih mempunyai persepsi negatif bahawa makanan dalam tin tidak sesuai dinikmati terutama untuk kanak-kanak. Namun, makanan dalam tin seperti sardin dan ikan tuna sebenarnya kaya kandungan vitamin yang penting untuk kesihatan badan.

Selain itu, makanan dalam tin seperti ini juga dikatakan sesuai dijadikan menu sihat dalam pengambilan harian untuk seisi keluarga.

Menyedari hakikat itu, jenama makanan dalam tin berkualiti Ayam Brand memberi beberapa tip memasak menggunakan sardin dan tuna dalam tin sebagai usaha menggalakkan tabiat pemakanan seimbang dalam kalangan kanak-kanak dan golongan dewasa.

Selain itu, tip dan panduan memasak yang dikeluarkan Ayam Brand ini mengetengahkan kebaikan menu ikan seperti tuna.

Menu ikan seperti tuna kaya dengan omega-3 iaitu asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.

Antara kebaikan omega-3 ialah mencegah serangan sakit jantung, menggalakkan aktiviti saraf, meningkatkan penyerapan vitamin, mengekalkan sistem imun yang sihat dan membantu dalam pertumbuhan sel.

Omega-3 juga penting dalam perkembangan daya penglihatan dan otak untuk kanak-kanak.

Pengurus Pemasaran Ayam Brand Nicholas Nyeow berkata, amalan gaya hidup sihat bermula di rumah dan ia banyak mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak, di samping menjadikan kehidupan sesebuah keluarga itu lebih harmoni.

“Memasak dan makan di rumah memang amalan yang baik serta amat digalakkan. Ia membolehkan kita menetapkan jumlah, kualiti dan nilai nutrisi makanan yang diambil ahli keluarga.

“Amalan itu juga membolehkan kita menghabiskan masa bersama keluarga selain dapat memulihara resipi dan masakan tradisional.

“Walaupun memasak sendiri lebih baik berbanding makan di luar, aspek penyediaan dan mengemas yang renyah nampaknya tidak sesuai dengan gaya hidup masyarakat moden yang sibuk.

“Memandangkan gaya hidup sudah berubah dan golongan muda mula hidup sendiri, banyak petua yang diamalkan ibu bapa serta generasi sebelum ini tidak lagi diingati atau diamalkan.

“Di sinilah munculnya senarai tip oleh Ayam Brand dalam usaha membantu keluarga menjimatkan masa dan memudahkan proses memasak,” katanya.

Tip menarik yang disediakan Ayam Brand ini boleh didapati dalam laman sesawang http://www.ayambrand.com.my/ayam-brand-tips.html yang bukan hanya berkisar kepada aspek memasak, malah merangkumi penyediaan, kekemasan dan penyimpanan yang ringkas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 5:01 AM