DEMI Minor. FOTO Agensi
DEMI Minor. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Seorang banduan transgender di Amerika Syarikat mendakwa dia pernah cuba memotong alat sulitnya dengan pisau cukur kerana dipindahkan ke penjara lelaki.

Demi Minor, 27, dari New Jersey pada asalnya ditahan di Kemudahan Koreksional Edna Mahan untuk Wanita kerana menikam bekas anak angkatnya sehingga mati.

Namun, dia kemudiannya dipindahkan ke Fasiliti Koreksional Belia Negeri Garden khusus untuk tahanan lelaki selepas dia dipercayai menghamilkan dua wanita.

Dia berkongsi cubaannya memotong alat sulit itu dalam blog dan berkongsi pengalamannya pahitnya sepanjang menjadi tahanan di kemudahan lelaki.

"Saya mula membuat hirisan dengan pisau cukur untuk memotong alat sulit saya.

"Dalam kepala saya, saya hanya mahu kesakitan itu terhenti.

"Apabila saya mula berdarah, saya langsung tidak terfikir untuk mati.

"Berada dalam penjara lelaki, menambahkan kemudaratan yang pernah saya rasai apabila disentuh dan dicaci maki sesuka hati," katanya.

Katanya, dia perlu membuktikan dia transgender bagi membolehkannya keluar dari tahanan lelaki.

"Saya mempunyai rekod perubatan yang menunjukkan saya telah mengalami masalah hormon selama bertahun-tahun.

"Kini, saya sedang menunggu pembedahan untuk mengesahkan jantina sebenar yang telah ditangguhkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2022 @ 2:09 PM