SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim membalas tabik hormat ketika memeriksa perbarisan kehormat di Istiadat Pertukaran Panji-panji Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) di Dataran Istana Besar, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim

Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat ke Istiadat Pertukaran Panji-panji Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) di Dataran Istana Besar di sini, hari ini.

Baginda yang juga Komandan ATSNJ tiba jam 8.25 pagi diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam.

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim; Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri, Datin Seri Rosni Omar serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Istiadat Pertukaran Panji-panji itu adalah yang ketiga diadakan selepas 130 tahun penubuhan ATSNJ dengan dua pertukaran sebelum ini pada 11 Mei 1916 dan 20 Ogos 1986.

Panji-panji adalah lambang yang dibawa oleh unit tentera sebagai satu pengenalan dan tanda tempat berkumpul atau markas pasukan tentera serta dianggap simbol semangat dan tradisi pasukan tentera.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 9:56 AM