FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Maputo: Bapa ditahan ketika mahu menjual tiga anaknya yang albino untuk digunakan dalam ritual ilmu sihir ditangkap di Mozambique, menurut polis pada Isnin.

Polis di wilayah barat laut Tete berkata, tiga individu itu berusia antara sembilan sehingga 16 diselamatkan pada hujung minggu selepas mendapat maklumat awam.

Ketika kejadian, polis turut menahan pak cik kepada tiga beradik itu.

Pasangan itu dipercayai mahu menjual kanak-kanak bawah umur berkenaan ke negara jiran, Malawi, di mana mereka boleh dijual pada harga A$40,000 (kira-kira RM178,000), kata jurucakap polis tempatan Feliciano da Camara dalam satu sidang media.

Kedua-dua lelaki itu menafikan pembabitan dalam kes berkenaan.

"Siasatan dijalankan dan berkemungkinan untuk menyelamatkan ketiga-tiga individu bawah umur itu... dari kurungan," kata Camara

Albinisme, disebabkan oleh kekurangan melanin, pigmen yang memberi warna kepada kulit, rambut dan mata, adalah anamoli genetik.

Beberapa negara di rantau sub-Sahara merekodkan kes membabitkan serangan terhadap individu albino.

Bahagian badan individu albino dicari untuk digunakan dalam ritual ilmu sihir kononnya untuk mendapatkan tuah dan kekayaan.

Pada 27 Jun lalu, mahkamah di Malawi menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap seorang paderi Katolik dan hukuman penjara seumur hidup berikutan kes pembunuhan seorang lelaki albino.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2022 @ 1:57 PM