PENGGUNA biasanya mencampurkan dadah Bombe  dengan pil vitamin, ubat tidur dan penenang. FOTO Agensi
PENGGUNA biasanya mencampurkan dadah Bombe dengan pil vitamin, ubat tidur dan penenang. FOTO Agensi
Agensi

Kinshasa: Kemunculan dadah baharu dinamakan Bombe mengundang malapetaka di Congo apabila ia membuatkan individu yang mengambilnya bertukar menjadi karektor seperti zombie.

Penjualan dadah baharu itu dikatakan laris di ibu negara republik itu.

Serbuk berwarna perang itu diperbuat daripada penapis ekzos yang dihancurkan dan pengguna biasanya mencampurkannya dengan pil vitamin, ubat tidur dan penenang atau meletakkannya dalam rokok tembakau.

Kesannya, ia menjadikan pengguna tidak bergerak selama berjam-jam atau tidur untuk beberapa hari.

Pada Ogos lalu, polis menahan hampir 100 pengedar serta pengguna Bombe atau bahasa tempatan Lingala, 'berkuasa'.

Pakar toksikologi Prof Ndelo Di Panzu berkata, kesan pengambilan dadah itu walaupun hanya sekali, akan mengubah individu itu berubah karektor seperti .

"Mereka tidak akan sedarkan diri dan mula berjalan dan gaya mereka berjalan juga berubah.

"Mereka akan tidur berdiri dan mula menggaru lengan dan ekspresi muka mereka berubah-ubah kadang-kadang ketawa dan menangis tanpa sebab," katanya kepada Radio Okapi seperti dilaporkan Daily Star.

Seorang pengguna dadah berkenaan memberitahu akhbar Jerman, Der Spiegel bahawa dia perlu mencampurkan dadah itu dengan pil untuk menambahkan selera makan.

Lelaki itu berkata, jika tidak berbuat demikian, mereka tidak akan makan selama berhari-hari.

Seorang lagi pengguna dadah itu berkata: "Bombe membantunya untuk melupakan segala-galanya. Di Barat, mereka mempunyai bank akaun. Saya tak ada."

Sementara itu, Pengarah Persekutuan Pembanterasan Dadah Dunia Congo, Dandy Yela Y'Olemba berkata, masih tidak diketahui kesan jangka panjang dadah itu dan bagaimana ia berfungsi.

Katanya, logam dalam alatan ekzos berkenaan boleh menyebabkan barah.

"Ia bukan bahan yang dibuat untuk kita gunakan. Kita ni enjin ke manusia?" katanya.

Dalam pada itu, golongan mekanik menyalahkan peningkatan tinggi dadah itu mendatangkan risiko kerap berlaku kes kecurian pengubah bermangkin (), peralatan pada ekzos berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 6:35 AM