PAPAN iklan menunjukkan cara memakai pelitup muka di Terminal Grand Central, New York. FOTO AFP
PAPAN iklan menunjukkan cara memakai pelitup muka di Terminal Grand Central, New York. FOTO AFP
Agensi

Washington: Jumlah kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia hampir mencecah angka 50 juta berdasarkan data yang dikeluarkan Johns Hopkins University of Medicine.

Berdasarkan maklumat itu, seramai 44,908,477 individu disahkan positif Covid-19.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mencatatkan kes tertinggi yang kini menghampiri angka sembilan juta.

AS merekodkan 8.95 juta individu disahkan dijangkiti wabak berkenaan dengan 228,668 kematian diikuti India (8.09 juta jangkitan; 121,090 kematian).

Brazil mencatatkan 5.5 juta kes jangkitan dengan 158,969 kematian, lebih tinggi berbanding jumlah kematian di India.

Sehingga kini lapan negara mencatatkan kes jangkitan melebihi angka sejuta iaitu AS, India, Brazil, Rusia, Perancis dan Sepanyol.

Sementara itu, di Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina berada di tangga teratas dengan jumlah kes jangkitan berada sekitar 400,000.

Indonesia mencatatkan keseluruhan jumlah jangkitan sebanyak 404,048 dengan angka harian melepasi 3,000 kes setiap hari.

Di Filipina, sebanyak 376,935 individu direkodkan dijangkiti virus berkenaan dengan 7,147 kematian setakat ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Oktober 2020 @ 7:01 AM