FOTO fail menunjukkan Kim Jong Un. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan Kim Jong Un. FOTO AFP
AFP

Seoul: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un masih 'hidup dan sihat', kata Penasihat Utama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, merungkai khabar angin mengenai tahap kesihatan Kim dan ketiadaannya pada sambutan ulang tahun utama negara itu.

"Pendirian kerajaan kami tetap kekal," kata Moon dalam temu bual bersama CNN pada Ahad.

Penasihat itu berkata, Kim ini menetap di Wanson, sebuah bandar percutian di timur Korea Utara sejak 13 April lalu.

Khabar angin mengenai dakwaan kesihatan Kim bermula selepas ketiadaannya dalam sambutan ulang tahun kelahiran datuknya Kim Il Sung, pengasas Korea Utara yang menjadi hari terpenting dalam kalendar politik negara itu.

Kim tidak membuat sebarang penampilan di khalayak umum selepas menghadiri mesyuarat Parti Pekerja pada 11 April.

Media tempatan memaklumkan beliau memeriksa jet pejuang dan unit pertahanan udara pada hari berikutnya.

Ketiadaannya menimbulkan dakwaan berhubung status kesihatannya.

Dalam pada itu, Daily NK, sebuah portal media dalam talian melaporkan Kim dalam pemulihan selepas menjalani prosedur pembedahan jantung awal bulan ini.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2020 @ 11:01 AM