PETUGAS kesihatan membuat ujian calitan (swab) pada pesakit Covid-19 di Wuhan. FOTO AFP
PETUGAS kesihatan membuat ujian calitan (swab) pada pesakit Covid-19 di Wuhan. FOTO AFP
AFP

Wuhan: Bandar pertama yang dikesan dengan pandemik Covid-19 ini mengakui tersilap langkah dalam mengira jumlah sebenar mangsa yang maut akibat virus berkenaan menjadikan angkanya meningkat sehingga 50 peratus.

Ia selepas timbulnya kesangsian di kalangan pemimpin dunia yang meragui ketelusan China dalam melaporkan situasi sebenar pandemik berkenaan.

Amerika Syarikat memulakan pertikaian ini secara terbuka dan mempersoalkan maklumat sebenar dikongsi kerajaan China berkaitan kejadian itu di peringkat antarabangsa.

Pihak berkuasa di Wuhan pada awalnya cuba menyembunyikan maklumat dengan menghukum doktor yang mendedahkan kejadian itu di laman sosial pada Disember tahun lalu.

Malah, keraguan turut timbul selepas kerajaan China kerap menukar kriteria pengiraan ketika kemuncak pandemik ini di sana.

Jumlah terbaharu angka kematian yang dilaporkan di Wuhan adalah sebanyak 3,869 berbanding 1,290 dilaporkan sebelum ini.

Perubahan itu juga menjadikan jumlah kematian di seluruh China mencecah 4,632, berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2020 @ 4:00 PM