GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

BEIJING: Ketika pandemik koronavirus di China semakin pulih, seorang lelaki meninggal dunia akibat penyakit berjangkit lain iaitu hantavirus.

Agensi Anadolu yang memetik laporan akhbar The Global Times berkata, lelaki terbabit dari wilayah barat daya China, Yunnan.

“Seorang lelaki dari wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang untuk bekerja di wilayah Shandong. Dia menaiki sebuah bas cartar pada Isnin,” ciap akhbar berkenaan.

Laporan itu turut menyebut susulan kejadian, 32 penumpang lain di dalam bas juga diarah menjalani ujian saringan. Bagaimanapun, ia tidak menyatakan keputusan ujian.

Penyakit berjangkit itu pertama kali dikesan di Amerika Syarikat pada 1993.

Ia disebarkan kepada manusia menerusi tikus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 9:14 AM