FOTO HIASAN. FOTO AFP
FOTO HIASAN. FOTO AFP
AFP

Washington: Dua satelit yang sudah tidak lagi digunakan nyaris bertembung.

Jurucakap agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) berkata, satelit berkenaan masing-masing adalah IRAS iaitu perintis dalam teleskop angkasa lepas antarabangsa dan GGSE-4, buatan eksperimen AS.

Menurutnya, kejadian itu berlaku 900 kilometer (km) di atas bandar Pittsburgh.

Pelanggaran antara satelit adalah jarang berlaku dan berbahaya.

Pada 2009, satelit komunikasi Iridium 33 melanggar satelit milik Russia Cosmos 2251, menyebabkan serpihannya bertaburan di ruang angkasa.

IRAS seberat satu tan, manakala GGSE-4 hanya seberat 85 kilogram.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 10:09 AM