FOTO ketika perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. FOTO Ihsan Instagram Fatiman
FOTO ketika perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. FOTO Ihsan Instagram Fatiman

Kuala Lumpur: "Restu ibu bapa itu penting untuk doa yang berterusan," kata ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail yang seolah-olah tidak merestui jika anaknya itu benar-benar sudah berkahwin dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Fatimah dalam hantaran di Instagramnya, menekankan perkahwinan anaknya, Syamsul dengan pelakon Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuh hati. 

"Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuhnya.

"Syamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hatinya. Mereke dikurniakan sepasang cahaya mata," tulisnya.

Dalam perkongsian itu, Fatimah berkongsi foto perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Syamsul, 38, dan Puteri Sarah, 37, memasuki episod baharu apabila ada pengikut mendakwa Syamsul dan Ira sudah berkahwin.

Ira dikatakan menjadi 'orang ketiga' dalam konflik rumah tangga Puteei Sarah dan Syamsul yang difahamkan sudah lama tidak tinggal sebumbung.

Pada Jun lalu, Puteri Sarah turut memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Berdasarkan kenyataannya, Ira bakal diheret ke muka pengadilan menjelang Ogos tahun depan.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2022 @ 9:32 PM