PESAWAT khas membawa rakyat Jepun yang dievakuasi dari Wuhan ketika tiba di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, semalam. FOTO Reuters
PESAWAT khas membawa rakyat Jepun yang dievakuasi dari Wuhan ketika tiba di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, semalam. FOTO Reuters
AFP

Tokyo: Tiga rakyat Jepun yang dibawa pulang dari Wuhan disahkan positif koronavirus baharu.

Mereka adalah penumpang penerbangan pertama yang diatur oleh kerajaan negara itu bagi membawa rakyat Jepun yang terperangkap di Wuhan, semalam.

Pesawat khas itu tiba Lapangan Terbang Haneda, di sini, semalam.

Perkembangan itu menjadikan 11 kes positif koronavirus baharu di negara berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 9:30 AM