KAPAL persiaran Diamond Princess. FOTO AFP
KAPAL persiaran Diamond Princess. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Jepun mengarahkan sebuah kapal persiaran dengan 3,711 penumpang di pelabuhan di Yokohama, dikuarantin, semalam.

Ia selepas seorang daripada bekas penumpang kapal Diamond Princess itu disahkan dijangkiti koronavirus baharu.

Lelaki berusia 80 tahun itu turun dari kapal ketika ia berlabuh di Hong Kong dan kemudian

disahkan positif virus itu.

Dia dikatakan sudah memiliki simptom ketika kapal belayar ke Hong Kong, tetapi tidak melakukan pemeriksaan di klinik di atas kapal berkenaan.

Media tempatan melaporkan lelaki terbabit stabil dan kini ditempatkan di sebuah hospital.

Dalam pada itu, lapan penumpang kapal itu didapati mempunyai simptom wabak berkenaan seperti demam, ketika kapal tiba di Teluk Yokohama,

Imej dari televisyen tempatan juga menunjukkan pegawai memeriksa semua 2,666 penumpang dan 1,045 kru.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 11:48 AM