KAKITANGAN perubatan bersiap sedia ketika proses evakuasi rakyat asing di lapangan terbang di Wuhan. FOTO AFP
KAKITANGAN perubatan bersiap sedia ketika proses evakuasi rakyat asing di lapangan terbang di Wuhan. FOTO AFP
AFP

Wuhan: Amerika Syarikat (AS) dan Jepun melakukan evakuasi bagi memindahkan rakyat

mereka yang terperangkap di bandar ini.

Ia susulan penularan wabak koronavirus di negara itu yang kini sudah mengorbankan 132 nyawa.

Wabak yang pertama kali dikesan di Wuhan itu kini menular ke 15 negara.

Terdahulu, pesawat khas itu membawa lebih 200 penumpang terdiri daripada kakitangan konsulat AS dan rakyat negara berkenaan.

Negara dari Kesatuan Eropah dijangka melakukan tindakan sama dengan menggunakan dua pesawat Perancis, minggu ini.

Ia turut diikuti oleh Korea Selatan dan beberapa negara lain.

Sementara itu, Jepun menggunakan pesawat khas bagi membawa 206 rakyatnya di Wuhan untuk pulang ke negara asal.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 1:31 PM