GM memanggil semula lebih 550,000 2019 Chevrolet Silverado 1500, Cadillac CT6 dan GMC Sierra 1500 kerana isu perisian yang berkaitan dengan notifikasi sistem brek kenderaan. FOTO REUTERS
GM memanggil semula lebih 550,000 2019 Chevrolet Silverado 1500, Cadillac CT6 dan GMC Sierra 1500 kerana isu perisian yang berkaitan dengan notifikasi sistem brek kenderaan. FOTO REUTERS
Reuters

WASHINGTON: General Motors Co hari ini, menyeru lebih 900,000 kenderaannya di pasaran seluruh dunia menerusi dua kempen berasingan untuk menangani perisian brek dan risiko kebakaran.

Pembuat kereta terbesar Amerika Syarikat itu memanggil semula lebih 550,000 2019 Chevrolet Silverado 1500, Cadillac CT6 dan GMC Sierra 1500 kerana isu perisian yang berkaitan dengan notifikasi sistem brek kenderaan.

Lebih 400,000 kenderaan keluaran 2019 - 2020, Chevrolet Silverado 1500 dan trak GMC Sierra 1500 kerana masalah ‘cable ring’ yang berisiko menyebabkan kebakaran.

Satu kenderaan terbakar dilaporkan dan tiada kecederaan dikaitkan dengan kempen berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 10:06 PM