ANDAL Ampatuan (kiri) dipenjara 30 tahun tanpa parol. FOTO AFP
ANDAL Ampatuan (kiri) dipenjara 30 tahun tanpa parol. FOTO AFP
AFP

MANILA: Dalang di sebalik pembunuhan beramai-ramai politik paling kejam di Filipina, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun tanpa parol, kata mahkamah hari ini.

Andal Ampatuan Jnr bersama empat lagi saudaranya didapati bersalah membunuh 57 orang termasuk sekumpulan petugas media pada 23 November 2009, bertujuan menyekat pesaingnya dalam pilihan raya tempatan.

Polis mendakwa 58 orang dibunuh, namun mayat ke 58 itu tidak pernah ditemui.

Sementara itu, dua lagi ahli keluarga Ampatuan didapati tidak bersalah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 6:31 PM