TEMPAT suspek dibakar. FOTO Agensi.
TEMPAT suspek dibakar. FOTO Agensi.
Agensi

HYDERABAD: Empat suspek yang dipercayai merogol, membunuh dan membakar mayat seorang doktor veterinar di Hyderabad, ditembak polis awal pagi tadi.

India TV News melaporkan, mereka sebelum itu dibawa ke tempat kejadian untuk melakonkan semula kejadian terbabit dan dikatakan cuba melarikan diri.

Salah seorang daripada mereka juga cuba merampas pistol daripada polis ketika melarikan diri dan kejadian itu disahkan oleh polis Telangana.

Mereka ditahan pada 29 November lalu sebelum ditahan polis selama tujuh hari sehingga 4 Disember.

Pembunuhan kejam itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang keluar berarak ke jalan raya menuntut keadilan bagi pihak mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 11:11 AM