CECAIR membasahi laptop dipercayai air kencing. FOTO Agensi
CECAIR membasahi laptop dipercayai air kencing. FOTO Agensi
POLIS Toronto menyebarkan gambar suspek. FOTO Agensi
POLIS Toronto menyebarkan gambar suspek. FOTO Agensi
Agensi

TORONTO: Polis Kanada menyiasat dua kejadian berasingan yang melihat pelajar universiti dan barangan mereka disimbah najis di perpustakaan kampus mereka.

Kejadian pertama berlaku di Universiti Toronto pada Jumaat minggu lalu manakala yang kedua di Universiti York, dua hari kemudian, lapor Daily Mail.

Pelajar di dua universiti berkenaan mendakwa dicampak bahan dipercayai tahi dan air kencing, tetapi siasatan masih dijalankan untuk melihat sama ada dua kejadian terbabit mempunyai kaitan.

Isnin lalu, polis Toronto berkongsi gambar seorang lelaki dipercayai menyimbah najis di Perpustakaan Scott, Universiti York pada lewat petang Ahad.

Lelaki dipercayai berusia 20-an itu dilaporkan masuk ke perpustakaan berkenaan membawa baldi dipenuhi najis cair lalu disimbah ke atas kepala seorang pelajar yang sedang duduk di sebuah meja. Dia kemudian melarikan diri.

Rakaman kejadian turut dikongsikan dalam talian, didakwa diambil seorang individu yang kebetulan duduk di meja sama ketika itu.

“Saya juga terkena sedikit tempiasnya malah terpaksa membuang botol air saya.

“Mujur najis itu tidak terkena pada komputer riba dan peralatan pembelajaran saya. Saya harap lelaki ini ditangkap,” katanya di Reddit.

CECAIR membasahi laptop dipercayai air kencing. FOTO Agensi
CECAIR membasahi laptop dipercayai air kencing. FOTO Agensi

Seorang lagi pengguna Reddit turut menceritakan pengalaman menyaksikan kejadian di Perpustakaan Robarts, Universiti Toronto, apabila seorang lelaki disimbah kepalanya dengan baldi berisi najis.

“Lelaki yang membawa baldi itu berkulit hitam memakai topi buruh binaan kuning. Dia kemudian lari dari situ sambil ketawa,” katanya di Reddit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 9:30 PM