WALMART sering menjadi sasaran serangan bersenjata. FOTO hiasan
WALMART sering menjadi sasaran serangan bersenjata. FOTO hiasan
AFP

WASHINGTON: Tiga maut dalam insiden tembakan di pasar raya Walmart di Duncan, Oklahoma, pagi semalam, lapor media tempatan.

Stesen televisyen TNN yang memetik Ketua Polis Duncan, Danny Ford berkata, kejadian itu berlaku di perkarangan premis terbabit dan mereka yang maut termasuk seorang suspek.

Manakala Sekolah Awam Duncan menerusi kenyataan di Facebook berkata, pihaknya terpaksa menutup beberapa sekolah kawasan itu untuk tempoh sementara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 1:13 AM