#MeToo yang diilhamkan oleh pergerakan besar-besaran global yang berkembang pada 2017 berkaitan tuduhan gangguan seksual. FOTO AFP
#MeToo yang diilhamkan oleh pergerakan besar-besaran global yang berkembang pada 2017 berkaitan tuduhan gangguan seksual. FOTO AFP
AFP

TUNIS: Tular imej penggubal undang-undang Tunisia yang melakukan onani di luar sekolah menengah mencetuskan pergerakan #MeToo di negara itu, dengan mangsa penderaan seksual melanggar pantang larang menggunakan tanda pagar #EnaZeda.

Perbincangan mengenai gangguan seksual sebelum ini dihadkan kepada beberapa rancangan televisyen tetapi kini ribuan wanita di negara Afrika Utara itu berkongsi pengalaman mereka mengutuk pedofilia.

Video menunjukkan seorang ahli politik bermisai duduk di dalam kereta dengan seluarnya dilondehkan ke paras lutut, dirakam bulan lalu oleh seorang pelajar yang berkongsinya di atas talian bersama tuduhan melakukan gangguan.

Penggubal undang-undang yang baru dipilih itu menafikan perlakuan kurang sopan dengan berkata, dia membuang air kerana masalah perubatan malah mengugut mereka yang mendakwanya.

#EnaZeda dalam bahasa Arab Tunisia bermaksud #MeToo yang diilhamkan oleh pergerakan besar-besaran global yang berkembang pada 2017 berkaitan tuduhan gangguan seksual.

Ia memberi keyakinan kepada segelintir pihak di Tunisia untuk berhadapan pencabul secara bersemuka.

Tunisia dianggap penaung kepada hak wanita di dunia Arab dan negara Islam pertama memansuhkan poligami pada 1956.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 1:58 PM