KUIL Hindu yang dibina diatas tanah tapak masjid yang dimusnahkan dalam rusuhan pada tahun 1992. FOTO EPA
KUIL Hindu yang dibina diatas tanah tapak masjid yang dimusnahkan dalam rusuhan pada tahun 1992. FOTO EPA
AFP

NEW DELHI: Mahkamah tinggi India hari ini membenarkan pembinaan kuil Hindu di atas tapak masjid berusia 460 tahun yang dimusnahkan dalam rusuhan pada 1992 di Ayodhya, utara India.

Sebidang tanah di bandar itu akan diberikan kepada kumpulan Islam untuk membina masjid baru.

Mahkamah Agung turut mengarahkan pembinaan kuil itu dipantau oleh badan khas.

Keputusan itu bagi menamatkan perebutan tapak terbabit antara penganut dan India sejak berpuluh tahun lalu.

Pada abad ke-16, maharaja pertama dinasti Islamik Mughal, Babur dikatakan membina masjid di atas sebuah kuil di tapak seluas 1.1 hektar.

Bagi penganut Hindu, mereka mempercayai tapak berkenaan adalah tempat kelahiran Tuhan Ram.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 November 2019 @ 3:14 PM