TAUFAN Hagibis yang dijangka melanda Tokyo hari ini. FOTO EPA
TAUFAN Hagibis yang dijangka melanda Tokyo hari ini. FOTO EPA
Agensi

TOKYO: Taufan Hagibis yang dijangka melanda Tokyo hari ini diramalkan agensi kaji cuaca Jepun sebagai ribut paling kuat melanda bandar itu sejak 1958.

Taufan itu juga menyebabkan Perlumbaan Formula 1, Grand Prix Jepun di litar Suzuka pada hari ini terpaksa dibatalkan.

Dua perlawan Piala Dunia Ragbi juga terpaksa dibatalkan semalam akibat taufan berkenaan.

Sebahagian Jepun masih belum pulih daripada taufan yang melanda kira-kira sebulan lalu dan ribut terbaru bergerak ke utara dari Pasifik menuju ke pulau utama negara itu.

Agensi Meteorologi Jepun meramalkan taufan itu melanda Jepun pada hari ini.

“Tidak kira taufan ini melanda daratan atau tidak, ia tetap membawa kesan yang besar.

“Penduduk perlu bersedia berdepan hujan lebat, angin kencang, ombak besar dan ribut,” kata agensi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 11:16 AM