KEADAAN selepas dilanda Taufan Hagibis di Bandar Tokyo. FOTO EPA
KEADAAN selepas dilanda Taufan Hagibis di Bandar Tokyo. FOTO EPA
Reuters

TOKYO: Sepuluh mangsa maut manakala 16 lagi hilang selepas Taufan Hagibis melumpuhkan bandar Tokyo, lapor stesen televisyen tempatan NHK hari ini.

Reuters melaporkan, mereka yang maut di tinggal di beberapa kawasan termasuk China, Gunma, Kanagama dan wilayah Fukushima sekitar bandar itu.

Salah seorang mangsa, lelaki berusia 60 tahun ditemui mati di unit pangsapurinya selepas ia ditenggelami air di Kawasaki.

Menurut jurucakap kerajaan, sebanyak 425,000 kediaman penduduk terputus bekalan elektrik sekali gus mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlakunya ketiadaan elektrik selama beberapa minggu selepas timur Tokyo dilanda taufan bulan lalu.

Taufan Hagibis itu dijangka bergerak ke arah laut petang ini dari kawasan utara pulau Hokkaido.

SEBUAH rumah yang mengalami kerosakkan di Kawasaki. FOTO AFP
SEBUAH rumah yang mengalami kerosakkan di Kawasaki. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019 @ 12:03 PM