SEPASANG kura-kura darat spesies Afrika (Sulkata Tortoise dan Leopard Tortoise) kini menjadi kesayangan Muhamad Zaki.
SEPASANG kura-kura darat spesies Afrika (Sulkata Tortoise dan Leopard Tortoise) kini menjadi kesayangan Muhamad Zaki.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Berbeza dengan kura-kura air, kura-kura darat seperti spesies kura-kura Afrika (Sulkata Tortoise) sebenarnya alah terhadap cuaca sejuk.

Keadaan suhu persekitaran yang sejuk boleh menyebabkan kura-kura itu sakit dan tidak aktif.

Bagi Muhamad Zaki Md Sheh, 33, meskipun keadaan suhu persekitaran perlu sentiasa dipantau namun ia tidak menjejaskan minatnya terhadap haiwan eksotik itu.

Kata Muhamad Zaki, dia memiliki sepasang kura-kura Afrika dari spesies Sulkata Tortoise dan Leopard Tortoise sejak dua tahun.

"Kura-kura yang diberi nama Jaafar dan Laila ituadalah hadiah daripada isteri tersayang,Siti Aishah Ahmad, 30, sempena ulang tahun kelahirannya.

"Ini kerana sebelum ini saya ada membela ular dan musang namun terpaksa melepaskannya selepas berumah tangga," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Muhamad Zaki, haiwan eksotik itu tidak boleh dibela sesuka hati kerana iamemerlukan permit dan lesen daripada Jabatan Perhilitan.

Katanya, biarpun agak mahal haiwan itu mudah dijaga dan kos makanannya juga murah.

"Betik, timun, lobak merah, daun mulberi, salad, kacang panjang adalah antara makanan utamanya.

"Namun yang paling ia gemari adalah daun bunga raya, jadi tidak membabitkan kos makanan yang tinggi apatah lagi kura-kura ini hanya makan sekali sahaja sehari.

"Secara purata, kos penjagaan dan makanan dua ekor kura-kura itu adalah sekitar RM100 sahaja sebulan," katanya.

Mengulas lanjut, kakitangan Ranhill SAJitu berkata, tempat khas untuk menyimpan kura-kura itu (Tortoise enclosure) turut dipasangkan lampu untuk memastikan kawasan sekitar sentiasa panas.

Katanya, suhu yang sesuai untuk kura-kura terbabit adalah 30 darjah selsius ke atas.

TEMPAT khas yang turut dipasang termometer bagi memantau suhu.
TEMPAT khas yang turut dipasang termometer bagi memantau suhu.

"Untuk pastikan suhu tempat kura-kura itu sentiasa terkawal,termometer khas juga dipasang.

"Selain jangkitan kulat daripada makanan, suhu yang sejuk juga boleh menyebabkan haiwan itu mengalami sakit mata dan sakit hidung," katanya.

Muhamad Zaki berkata, kura-kura Afrika terutama spesis Sulkata Tortoise itu boleh hidup lebih 100 tahun dan membesar lebih satu meter lebar.

Kata Muhamad Zaki,sejak adanya dua kura-kura itu,kebanyakkan masa terluangnya dihabiskan dengan bermain dengan haiwan berkenaan.

"Kura-kura ini suka bermain dan dibelai terutama di kawasan kepalanya.

"Jika saya bermain di luar rumah, jiran-jiran ada yang turut berminat kerana ia jinak," katanya.

BERSAMA isteri yang turut menyokong minatnya membela haiwan eksotik.
BERSAMA isteri yang turut menyokong minatnya membela haiwan eksotik.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata, adalah penting bagi peminat haiwan eksotik itu menyediakan tempat khas (Tortoise enclosure) sebelum membelinya.

Ini kerana katanya, ramai yang membeli haiwan itu terlebih dahulu dan kemudian barulah pening memikirkan di mana tempat untuk membelanya.

"Seperti haiwan peliharaan lain, membela kura-kura juga memerlukan komitmen.

SAYUR-sayuran juga menjadi makanan kegemaran kura-kura berkenaan.
SAYUR-sayuran juga menjadi makanan kegemaran kura-kura berkenaan.

"Apapun, lengkapkan diri dengan ilmumengenai haiwan itu terutama aspek penjagaan dan pemakanan sebelum mengambil keputusan membelanya.

"Ia penting bagi memastikan haiwan itu terjaga dan tidak terabai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Disember 2021 @ 7:41 AM