INI rusuhan kedua yang meletus di bandar Johannesburg dalam seminggu. FOTO: Reuters
INI rusuhan kedua yang meletus di bandar Johannesburg dalam seminggu. FOTO: Reuters
Reuters

JOHANNESBURG: Polis menahan puluhan perusuh di ibu kota komersial Afrika Selatan, di sini, hari ini, selepas rusuhan dengan merompak beberapa kedai, membakar tayar kenderaan dan membuat halangan di persimpangan jalan.

Ia adalah rusuhan kedua yang meletus di bandar itu dalam seminggu.

Polis tidak menyatakan perkara yang mencetuskan keganasan itu, walaupun pengangguran mencapai 30 peratus, kemiskinan meluas dan jurang pendapatan dijadikan alasan sebagai punca terbaru gangguan dan serangan terhadap pendatang.

Minggu lalu, ratusan penunjuk perasaan cuba membakar bangunan ibu pejabat pentadbiran Pretoria, merompak perniagaan milik warga asing dan bertempur dengan polis sehingga memaksa polis melepaskan tembakan peluru getah.

“Keadaan kembali stabil dan kami sudah menangkap beberapa puluh orang,” kata jurucakap polis Johannesburg, Wayne Minaar.

“Kami tidak dapat mengesahkan jumlah terakhir tetapi mereka akan dikenakan hukuman atas keganasan awam selain dakwaan cubaan membunuh yang sedang disiasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019 @ 12:01 AM