PISTORIUS tidak mengaja menembak mati Reeva.
PISTORIUS tidak mengaja menembak mati Reeva.
AFP

JOHANNESBURG: Pendakwa raya Afrika Selatan dijadual membuka hujah mengenai tempoh penjara dikenakan ke atas Oscar Pistorius apabila mempersoalkan hukuman enam tahun susulan membunuh teman wanitanya sebagai ‘amat pendek’.

Pihak Pendakwa Raya Negara itu akan membawa kes itu dalam sebuah sesi perbicaraan sehari di Mahkamah Rayuan Agung di Bloemfontein. Hakim dijangka membuat keputusan pada masa yang akan ditentukan nanti.

Atlet Paralimpik itu menembak mati Reeva Steenkamp pada Hari Kekasih tahun 2013, melepaskan empat das tembakan ke arah pintu tandas bilik tidur - tindakan yang didakwanya akibat tersalah anggap teman wanitanya itu sebagai perompak.

Pistorius pada asalnya disabitkan dengan pembunuhan tidak disengajakan - yang menyamai pembunuhan - pada tahun 2014 namun mahkamah rayuan di Bloemfontein memutuskan pengakuannya itu kepada pembunuhan pada tahun 2015.

Pistorius, 30, yang ditempatkan di penjara Pusat Penetapan Atteridgeville di Pretoria, tidak akan hadir di mahkamah Jumaat ini.

“Kami percaya hukuman itu terlalu rendah,” kata jurucakap NPA, Luvuyo Mfaku. “Mahkamah mempunyai kebijaksanaan mengurangkan hukuman mininum 15 tahun kerana membunuh, selepas mengambil kira beberapa perkara namun kami merasakan, anda tidak boleh memutuskan lebih rendah daripada itu.”

Kami tidak boleh membenarkan situasi di mana kita menjadikannya contoh kepada seseorang yang membunuh. Ia tidak wajar sekiranya anda melihat kepada beratnya kesalahan itu sendiri.”Mfaku menafikan yang NPA sedang memburu Pistorius kerana kemasyhurannya: “Ini bukan peribadi, kami bercakap mengenai prinsip, kami juga mungkin melakukan perkara ini kepada sesiapapun.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 2:09 PM