KEADAAN banjir di Mawlamyine, Myanmar. -Foto EPA
KEADAAN banjir di Mawlamyine, Myanmar. -Foto EPA
AFP

MAWLAMYINE: Tentera Myanmar dikerahkan memberi bantuan di kawasan banjir hari ini susulan jumlah kematian akibat tanah runtuh meningkat kepada 48 orang.

Bencana yang melanda negeri Mon pada Jumaat lalu dikatakan antara paling teruk dan ratusan anggota kecemasan dilaporkan masih mengeluarkan mayat dari lumpur awal pagi ini.

Selain Mon, hujan lebat turut turun di negeri Karen dan Kachin sehingga menyebabkan jalan dan jambatan rosak akibat banjir.

Brigadier Jeneral, Zaw Min Tun memberitahu AFP, tentera membantu mencari dan menyelamat mangsa di kawasan terjejas.

“Helikopter akan digunakan untuk menghantar bekalan makanan,” katanya,

Lebih 4,000 rumah di Mon ditenggelami banjir, menyebabkan seramai 25,000 penduduk terpaksa berteduh di rumah ibadat, lapor Global New Light of Myanmar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Ogos 2019 @ 7:08 PM