KESAN kerosakan akibat ribut tropika Seroja di Dili, ibu negara Timor-Leste. FOTO AFP
KESAN kerosakan akibat ribut tropika Seroja di Dili, ibu negara Timor-Leste. FOTO AFP
AFP

Jakarta; Tentera laut Indonesia menyediakan kapal-kapal hospital untuk membantu mangsa ribut tropika Seroja yang setakat ini sudah mengorbankan kira-kira 150 orang di negara itu dan Timor-Leste.

Helikopter juga dilihat menjatuhkan bekalan makanan dan barangan keperluan di lokasi terjejas.

Bencana itu menyebabkan hujan lebat, tanah runtuh dan banjir.

Selain itu, kira-kira 10,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Pasukan penyelamat giat menggunakan anjing pengesan dalam usaha mencari mangsa yang terperangkap di celah runtuhan.

Agensi penyelamat mengesahkan kira-kira 120 orang disahkan maut di kepulauan terpencil di timur negara itu.

Seramai 34 lagi mangsa maut di Timur Leste - negara kecil dengan jumlah penduduk 1.3 juta orang terletak antara Indonesia dan Australia.

Pihak berkuasa di kedua negara juga berdepan dengan masalah untuk mencegah penularan Covid-19 berikutan keadaan pusat pemindahan yang sesak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 April 2021 @ 11:34 AM