JENERAL Min Aung Hlaing
JENERAL Min Aung Hlaing
Agensi

Yangon: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak enam pegawai kanan tentera, termasuk pemerintah tertingginya disiasat berkaitan pembunuhan beramai-ramai etnik Islam Rohingya.

Berikut maklumat mengenai enam pegawai tentera terbabit.

Jeneral Min Aung Hlaing, 62, paling berkuasa di Myanmar, memerintah semua cabang ketenteraan dengan tiga kementerian iaitu pertahanan, dalam negeri dan hal ehwal sempadan melapor kepadanya.

Wakil tentera juga mengisi satu perempat kerusi parlimen menjadikan pemerintah tentera mempunyai kuasa veto.

Facebook membatalkan dua akaun rasminya bulan lalu, bersama 19 lagi akaun individu serta pertubuhan bagi menghalang mereka menyemarakkan ketegangan etnik dan agama.

Timbalan pemerintah tertinggi tentera, Jeneral Soe Win, yang terkenal dengan pendirian keras dan enggan bercakap di khalayak ramai, terbabit secara langsung menguruskan operasi perang di Rakhine, menurut Amnesty International.

JENERAL Soe Win
JENERAL Soe Win

Leftenan Jeneral Aung Kyaw Zaw mengetuai Biro Operasi Khas dari 2015 hingga 2018 menjadikannya orang keempat dalam rantaian pemerintahan operasi di Rakhine sebelum dipecat dari tentera Mei lalu, kerana ‘lemah melaksanakan tugas’, tindakan yang dianggap menjadikannya kambing hitam.

LEFTENAN Jeneral Aung Kyaw Zaw
LEFTENAN Jeneral Aung Kyaw Zaw

Nasib yang sama menanti Mejar Jeneral Maung Maung Soe, bekas pemerintah wilayah barat, termasuk Rakhine yang kini ditukarkan ke jabatan lain dengan alasan ‘gagal menstabilkan keadaan di Rakhine’.

Brigadier Jeneral Aung Aung, pemerintah Infantri Ringan Batalion Ke-33 yang terbabit secara langsung melakukan pembunuhan dan jenayah lain terhadap etnik Rohingya, termasuk pembunuhan 10 Rohingnya yang dilaporkan wartawan Reuters (kini dipenjarakan).

Brigadier Jeneral Than Oo, pemeritah pasukan Inftantri Ringan Batalion Ke-99 terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai di Tula Toli, Rakhine.

Pasukan itu mengumpul ratusan Rohingya, termasuk kanak-kanak di tebing sungai sebelum menembak mereka manakala wanita dan remaja perempuan diperkosa sebelum dibunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 September 2018 @ 1:09 PM