GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

CELAYA (MEXICO): Kumpulan lelaki bersenjata dilaporkan merempuh masuk sebuah balai polis dan membunuh lima tahanan di tengah Mexico, kata pihak berkuasa tempatan.

Kumpulan itu yang tiba dengan beberapa kenderaan, melepaskan tembakan ke atas lima lelaki tidak dikenali dalam penjara di balai polis Guanjuanto semalam, kata jurucakap keselamatan negara, Juan Jose Martinez kepada AFP.

Martinez tidak menyatakan mengapa mangsa ditahan pihak berkuasa.

“Kami bersetuju dengan datuk bandar untuk membantu mengukuhkan pasukan keselamatan dan menyokong kehadiran pihak berkuasa persekutuan di kawasan itu,” kata Setiausaha Dalam Negeri, Luis Ayala.

Guanajuato antara pusat perindustrian terbesar di Mexico dan pangkalan bagi syarikat kereta dan penerbangan global.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 4:14 PM