POLIS memeriksa lokasi kejadian. FOTO AFP
POLIS memeriksa lokasi kejadian. FOTO AFP
AFP

Mexico City: Dua puluh empat orang maut, manakala tujuh lagi cedera dalam kejadian serangan lelaki bersenjata di pusat pemulihan dadah di Guanajuato, di tengah Mexico, pada Rabu.

Setiausaha keselamatan awam bandar Irapuato, Pedro Cortes berkata, berdasarkan maklumat awal, penyerang memasuki lokasi kejadian dan memaksa mangsa meniarap di lantai sebelum menembak mereka.

"Kita menerima laporan subjek (bersenjata) tiba dengan kenderaan merah, tiada maklumat lanjut diperoleh.

"Laporan awal mendapati 24 orang maut dan tujuh cedera," katanya.

Irapuato terletak di barat laut Mexico City di Guanajuato, sebuah negeri pengeluar industri dan kilang pembuatan utama kenderaan.

Selain itu, kelebihan sektor tenaga penting juga mengundang aktiviti pemerasan, penculikan dan kecurian bahan bakar terutama kartel dadah seperti Jalisco New Generation dan Santa Rosa de Lima.

Pada 21 Jun lalu, pihak berkuasa Mexico mengumumkan penahanan 26 individu dipercayai dari kumpulan Santa Rosa de Lima selepas membakar kenderaan yang digunakan sebagai sekatan di bandar Celaya, Salamanca dan Villagran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 11:21 AM