GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
AFP

Celaya, Mexico: Enam sekeluarga, termasuk kanak-kanak bawah umur dibunuh kumpulan bersenjata di rumah mereka di Mexico tengah, pada Khamis, kata pejabat pendakwa tempatan.

Kumpulan bersenjata itu dikatakan ke rumah berkenaan di Celaya, Guanajuanto malam Khamis dan mula melepaskan tembakan yang mensasarkan keluarga itu, katanya.

Pasukan penyiasat menemui tiga wanita dan dua lelaki di lokasi kejadian, serta kanak-kanak bawah umur yang tidak didedahkan umur dan jantinanya, katanya Khamis.

Menurut Kementerian Keselamatan Negeri, dua lagi wanita ditemui cedera dan dihantar ke hospital.

Datuk Bandar Celaya turut mengecam pembunuhan itu dan berkata, beliau akan membantu siasatan.

Guanajuato adalah sebuah pusat perindustrian utama di Mexico dan menarik perhatian kartel yang terbabit dan perdagangan dadah, pemerasan, penculikan dan mencuri petrol.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 4:00 PM