FOTO hiasan. FOTO/NSTP
FOTO hiasan. FOTO/NSTP
AFP

SINGAPURA: Singapura akan memulangkan hampir AS$40 juta (RM164.4 juta) wang yang dikaitkan dengan skandal kewangan di Malaysia sekaligus berperanan menggulingkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Republik itu, antara beberapa negara yang melancarkan siasatan ke atas dakwaan kehilangan berbilion dolar, yang diseleweng dari dana pelaburan Malaysia, 1MDB.

Skandal yang didakwa membabitkan bekas pemimpin Malaysia, Najib dan ahli keluarganya serta sekutu rapatnya, antara penyebab kekalahan parti pimpinannya dalam pilihan raya lalu.

Polis Singapura berkata jabatan hal ehwal komersial republik itu, sudah memfailkan permohonan untuk memulangkan sekitar AS$37 juta (RM152.1 juta) wang yang dirampas dari syarikat berkaitan 1MDB ke Malaysia. Mahkamah negara itu sudah meluluskan permohonan itu.

“Sebahagian dari wang itu sudah dipulangkan kepada Malaysia, manakala bakinya masih diproses pihak bank,” kata polis namun tidak mendedahkan lokasi wang itu dirampas. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2019 @ 4:11 PM