LEBIH sejuta orang turun melakukan tunjuk perasaan sejak tiga minggu lalu untuk menyuarakan kemarahan terhadap pemimpin Hong Kong, Carrie Lam. FOTO REUTERS
LEBIH sejuta orang turun melakukan tunjuk perasaan sejak tiga minggu lalu untuk menyuarakan kemarahan terhadap pemimpin Hong Kong, Carrie Lam. FOTO REUTERS
Reuters

HONG KONG: Ribuan penunjuk perasaan bertempur dengan anggota polis hari ini, pada sambutan penyerahan Hong Kong kepada China yang dijangka menarik lebih ramai orang ketika kemarahan memuncak mengenai rang undang-undang ekstradisi.

Reuters melaporkan, lebih sejuta orang turun melakukan tunjuk perasaan sejak tiga minggu lalu untuk menyuarakan kemarahan terhadap pemimpin Hong Kong, Carrie Lam.

Polis melepaskan semburan lada untuk menyuraikan semua penunjuk perasaan yang kebanyakan memakai pakaian serba hitam dan topeng muka menjelang sambutan itu yang ke-22.

Lam berkata, kerajaan perlu mengubah cara pentadbirannya supaya lebih diterima kepada generasi muda,

“Insiden yang berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan ini mencetuskan kontroversi dan pertikaian antara orang ramai dan kerajaan. Ini membuatkan saya sedar, sebagai ahli politik, saya sentiasa perlu mengingatkan diri memahami sentimen orang ramai dengan lebih tepat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 1:11 PM