PEMAIN Jepun meraikan kejayaan mara ke separuh akhir selepas tewaskan Vietnam 1-0. FOTO EPA
PEMAIN Jepun meraikan kejayaan mara ke separuh akhir selepas tewaskan Vietnam 1-0. FOTO EPA
AFP

DUBAI: Ritsu Doan menjaringkan penalti pertama pada Piala Asia yang diberikan menerusi video bantuan pengadil (VAR) ketika Jepun menewaskan Vietnam 1-0 untuk mara ke separuh akhir malam tadi.

Ketika VAR meraikan kemunculan pertama pada Piala Asia, Maya Yoshida mendapati gol tandukannya tidak dibenarkan menerusi rakaman semula sebelum Doan didapati dikasari dalam kotak penalti oleh B.T. Dung.

Pemain tengah berpangkalan di Belanda itu meledak penalti pada minit ke-57 lantas memberikan kemenangan buat juara empat kali itu, yang seringkali dinafikan penjaga gol Dang Van Lam.

Skuad Samurai Biru kendalian Hajime Moriyasu kini akan bermain menentang sama ada China atau Iran pada separuh akhir dalam usaha mereka mencari gelaran kelima dan yang pertama sejak 2011.

Lam menyelamatkan cubaan Takehiro Tomiyasu menerusi tandukan dan menepis cubaan Takumi Minamino pada babak pertama sebelum penggunaan VAR selepas 24 minit.

Pengadil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohammed Abdulla Hassan meniup wisel selepas jaringan Yoshida dari sudut sebelum rakaman menunjukkan bola berkenaan terkena tangan pertahanan Southampton itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 January 2019 @ 12:38 AM