Checkley Sin Kwok Lam ketika mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya Hong Kong. FOTO Agensi
Checkley Sin Kwok Lam ketika mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya Hong Kong. FOTO Agensi
Reuters

Hong Kong: Pakar kung fu dan produser filem, Checkley Sin Kwok Lam pada Rabu berkata, dia akan menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya Hong Kong.

Pengumuman itu mengejutkan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam yang masih belum membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan kerusi atau sebaliknya.

Sin. 65, menjadi individu pertama yang mencalonkan diri dalam pilihan raya yang akan diadakan 27 Mac depan.

Lam pula akan menamatkan penggalnya sebagai Ketua Eksekutif Hong Kong, Jun ini.

Calon yang bersedia untuk bertanding perlu mendapat sokongan badan pilihan raya 'hanya patriot' yang memiliki ahli 1,500 orang pro-Beijing di Hong Kong.

Tidak jelas sekiranya Sin mempunyai sokongan itu untuk meneruskan hasratnya.

Menerusi video YouTube, Sin berkata, penyokong di laman sosialnya menyokong sekiranya dia membatalkan hasrat untuk menyertai politik.

"Menerusi sistem pilihan raya baharu ini, saya percaya setiap orang mampu menjadi patriot dengan menyertai pemilihan pilihan raya eksekutif ini.

"Saya percaya akan menang," katanya.

Dalam tempoh hanya beberapa minggu lagi sebelum pilihan raya, Lam dan calon nama besar masih berteka-teki.

Media tempat menjangkakan Setiausaha Kewangan Paul Chan dan bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Margaret Chan akan nama yang akan bertanding.

Lam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keputusannya untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

Sin sebelum ini menerbitkan filem Ip Man terkenal di Hong Kong dalam usaha mempopularkan seni pertahanan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 2:32 PM