GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

NEW DELHI: Seorang lelaki berusia 26 tahun bertindak menikam kekasihnya menggunakan pisau selepas permintaannya ditolak berulang kali agar mangsa meninggalkan suaminya.

Suspek dikenali sebagai Sunny menikam dada dan perut mangsa dikenali sebagai Pinky beberapa kali sebelum mengelar lehernya sendiri.

“Bilik Kawalan Polis menerima panggilan kira-kira 9.50 pagi disebabkan pergaduhan. Kami menemui Pinky dengan luka tikaman manakala Sunny cedera parah di leher," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Vijay Kumar, lapor Gulf News.

The Times of India melaporkan, kejadian itu disedari oleh pemilik rumah mangsa selepas terdengar kekecohan itu dan mendapati suspek dan mangsa dibanjiri darah di atas katil sebelum menghubungi polis.

Mangsa dibawa ke Pusat Trauma AIIMS disahkan meninggal dunia manakala suspek berada dalam keadaan kritikal.

Mangsa berkahwin pada usia 19 tahun dengan lelaki pilihan keluarganya, dikurniakan seorang anak lelaki.

Berdasarkan maklumat, mangsa bekerja di salun kecantikan bagi mengisi kehidupannya yang sunyi kerana sering ditinggalkan suaminya sibuk bekerja.

Bagaimanapun, mangsa yang menyedari hubungan itu boleh merosakkan perkahwinannya mula menjauhi suspek malah mengancam akan melaporkannya kepada kepada polis jika suspek tidak berhenti mengganggunya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2019 @ 3:19 PM