FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

New Delhi: Bukan saja ditikam sehingga maut, malah kemaluan seorang lelaki di Jaipur, India, turut dikerat isterinya.

Mangsa yang dikenali sebagai Raju Champia ditemukan dengan kesan tikaman di kawasan tersembunyi berhampiran rumahnya.

Suspek dikenali sebagai Kuni Champia didakwa melakukan perbuatan kejam itu dengan menikam suaminya menggunakan senjata tajam.

Malah, dia turut mengerat kemaluan suaminya itu sebelum mayat dibuang di kawasan lain.

Polis yang dipanggil ke lokasi kejadian susulan penemuan mayat itu menyedari alat sulit lelaki itu dikerat.

Pasangan terbabit itu dikatakan bergaduh sehari sebelum kejadian dan pertengkaran berkenaan kemudiannya berakhir dengan kematian.

Polis Sukinda yang dipanggil ke lokasi kejadian di terusan Rungurunga pada Sabtu pagi untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian untuk tindakan lanjut.

Ahli keluarga mendakwa lelaki terbabit maut kerana ditikam isterinya menggunakan senjata tajam selepas bergaduh.

Suspek berkenaan adalah isteri kedua mangsa yang dikahwininya selepas berpisah dengan isteri pertama, tiga tahun lalu.

Sejak berkahwin kali kedua, mangsa terbabit dikatakan menetap bersama isterinya di Kampung Karadagadia.

"Mereka bertengkar pada Jumaat malam mengenai beberapa isu dan ia berlarutan sehingga larut malam.

"Ketika abang saya mahu tidur, dia ditikam isterinya dan kemaluan dikerat menggunakan senjata tajam.

"Mayat abang saya kemudian dibuang ke kawasan terpencil oleh suspek," kata adik mangsa, Jayiram.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2022 @ 10:46 AM