ANGGOTA polis memeriksa kawasa kejadian. FOTO: AFP
ANGGOTA polis memeriksa kawasa kejadian. FOTO: AFP
AFP

Suspek kebakaran kilang sudah ditahan

JAKARTA: Dua individu sudah dikenal pasti sebagai suspek kebakaran kilang pemetik api di Binjai yang meragut 30 nyawa termasuk beberapa kanak-kanak.

Seorang lelaki dan wanita, masing-masing pemilik dan penyelia kilang itu ditahan di Medan selepas rumah sewa yang dijadikan kilang pemetik api terbakar semalam.

Ketua polis Binjai, Nugroho Tri Nuryanto memberitahu AFP, dua suspek itu disiasat kerana kecuaian dan boleh dihukum lima tahun penjara.

Pada asalnya, kilang itu dilaporkan mengeluarkan mancis, namun siasatan mendapati ia sebenarnya menghasilkan pemetik api.

Kebakaran berlaku apabila seorang pekerja melakukan ujian ke atas produk.

Pemetik api yang menggunakan gas meletup menyebabkan pekerja itu panik dan melemparkannya ke atas timbunan ribuan produk, mencetuskan letupan besar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 4:50 PM