SEBELUM ini, angka kematian yang dilaporkan adalah 35 orang.  AFP
SEBELUM ini, angka kematian yang dilaporkan adalah 35 orang. AFP
Agensi

KHARTOUM: Doktor di Sudan berkata jumlah mangsa maut selepas pasukan keselamatan menyerbu sebuah kem bantahan dua hari lalu meningkat kepada sekurang-kurangnya 60 orang.

Sebelum ini, angka kematian yang dilaporkan adalah 35 orang.

Menurut Al Jazeera, pasukan keselamatan melepaskan tembakan awal pagi kelmarin, bagi meleraikan penunjuk perasaan yang membuat bantahan di luar ibu pejabat tentera di Khartoum.

Sekumpulan doktor yang mempunyai kaitan dengan pembangkang berkata, ratusan orang cedera dalam insiden itu.

Tindakan tentera Sudan mencetuskan kecaman di peringkat antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Jun 2019 @ 3:04 PM