POLIS turut melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang menghampiri istana presiden. FOTO  REUTERS
POLIS turut melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang menghampiri istana presiden. FOTO REUTERS
AFP

KHARTOUM: Tujuh maut dilaporkan maut ketika puluhan ribu penunjuk perasaan melakukan perarakan besar-besaran sejak insiden ganas terhadap mereka baru-baru ini yang menuntut pemerintahan awam.

AFP melaporkan, perarakan besar itu dilakukan selepas berpuluh penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh di luar ibu pejabat tentera pada 3 Jun lalu ketika tentera cuba meleraikan mereka.

Polis turut melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang menghampiri istana presiden selepas penganjur menggesa perarakan dilakukan di bangunan yang menempatkan majlis tentera.

Agensi berita SUNA yang memetik jurucakap kementerian kesihatan semalam berkata, tujuh mangsa itu maut dalam perarakan tanpa menjelaskan butiran lanjut.

Katanya, seramai 181 orang lagi cedera termasuk 27 daripadanya yang terkena peluru.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 11:32 AM