PENUNJUK perasaan membina penghadang dari batu bata, besi buruk dan tiang lampu yang diambil dari kaki lima jalan sekitar Khartoum. FOTO AFP
PENUNJUK perasaan membina penghadang dari batu bata, besi buruk dan tiang lampu yang diambil dari kaki lima jalan sekitar Khartoum. FOTO AFP
Reuters

KHARTOUM: Pasukan keselamatan yang menyerbu penunjuk perasaan di ibu negara semalam menyebabkan lebih 35 orang terbunuh dalam keganasan terburuk sejak Presiden Omar Al Bashir digulingkan April lalu.

Rakaman yang tersebar di media sosial sejak pagi semalam memaparkan kekecohan apabila orang ramai lari menyelamatkan diri selepas terdengar bunyi tembakan dilepaskan.

Menurut saksi, bunyi tembakan itu masih kedengaran di beberapa kawasan kejiranan hingga awal pagi tadi.

Saksi berkata, penunjuk perasaan membina penghadang dari batu bata, besi buruk dan tiang lampu yang diambil dari kaki lima jalan sekitar Khartoum serta bandar berkembar Omdurman.

Sekumpulan doktor yang mempunyai kaitan dengan pembangkang berkata, sekurang-kurangnya 35 orang maut dalam keganasan semalam dan dijangka terus meningkat. Sebelum ini mereka melaporkan, sekurang-kurangnya 116 orang cedera dalam rusuhan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Jun 2019 @ 10:55 AM