PENUNJUK perasaan membakar tayar di Khartoum, Sudan. FOTO Reuters
PENUNJUK perasaan membakar tayar di Khartoum, Sudan. FOTO Reuters
AFP

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh ketika penguasa tentera Sudan cuba menyuraikan penunjuk perasaan yang berhimpun di luar ibu pejabat tentera negara di sini, kata seorang ahli jawatankuasa kedoktoran Sudan.

Tiga terbaharu juga maut kerana terkena peluru oleh majlis tentera menjadikan jumlah kesemuanya lima orang, kata Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan di Facebook dengan menyebutnya sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai.’

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2019 @ 4:33 PM