PENUNJUK perasaan menerbangkan bendera negara ketika mereka menyanyikan slogan semasa protes menuntut Presiden Sudan Omar Al-Bashir untuk mundur di Khartoum. FOTO REUTERS
PENUNJUK perasaan menerbangkan bendera negara ketika mereka menyanyikan slogan semasa protes menuntut Presiden Sudan Omar Al-Bashir untuk mundur di Khartoum. FOTO REUTERS
Agensi

KHARTOUM: Seorang penunjuk perasaan maut ketika menyertai protes di Omdurman, Sudan, manakala ribuan lagi mengadakan tunjuk perasaan di Khartoum, semalam.

AFP melaporkan, jurucakap Jeneral Hashim Abdelrahim berkata: “Berlaku perhimpunan haram di Khartoum dan di beberapa tempat lain,” katanya kepada agensi berita rasmi SUNA.

Jawatankuasa doktor yang membantu menganjurkan protes terbabit mengesahkan penunjuk perasaan yang maut itu adalah seorang pegawai perubatan.

Angka kematian dalam keganasan protes sejak Disember tahun lalu kini mencecah sehingga 32 orang, kata sumber rasmi.

Human Rights Watch pula melaporkan, angka kematian itu berjumlah 51 orang termasuk kanak-kanak dan anggota perubatan.

Reuters melaporkan, kejadian berlaku apabila pasukan keselamatan Sudan melepaskan gas pemedih mata ketika cuba meleraikan ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di kediaman Presiden Omar al-Bashir di Khartoum, semalam.

Beberapa saksi berkata, ia adalah tunjuk perasaan terbesar menuntut pemerintah yang berkuasa sejak 30 tahun lalu itu disingkirkan, setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2019 @ 12:53 PM