TINDAKAN Chu dilihat beberapa anggota polis yang meronda di kawasan itu sebelum menangkap lelaki berkenaan.
TINDAKAN Chu dilihat beberapa anggota polis yang meronda di kawasan itu sebelum menangkap lelaki berkenaan.
Agensi

HONG KONG: Seorang anggota polis berpangkat konstabel dipenjara 12 minggu kelmarin, kerana merakam 900 gambar dan hampir 300 video yang memalukan wanita di tempat awam.

Majistret Mahkamah Kowloon Barat Lau Suk-han berkata, tertuduh, Chu Ho-Lap, 28, sepatutnya menegakkan undang-undang tetapi dia sebaliknya meletakkan dirinya di kedudukan yang hina.

“Kamu ini menyebabkan pasukan polis mendapat malu,” katanya.

Menurut fakta kes, pada 15 Oktober 2017, Chu dalam perjalanan untuk bertemu teman wanitanya sebelum dia mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum mengambil gambar bawah skirt seorang wanita di stesen MTR Mong Kok.

Tindakan Chu dilihat beberapa anggota polis yang meronda di kawasan itu sebelum menangkap lelaki berkenaan.

Pemeriksaan kemudian mendapati terdapat 938 gambar dan 290 video wanita di dalam telefon bimbit lelaki itu.

Selepas mendengar hujah peguam bela dan pendakwa raya, hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 minggu terhadap tertuduh. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2019 @ 7:09 PM