SEPULUH ekor kala jengking dan empat anak memerang cuba diseludup keluar seorang lelaki Russia. FOTO Reuters
SEPULUH ekor kala jengking dan empat anak memerang cuba diseludup keluar seorang lelaki Russia. FOTO Reuters
Reuters

DENPASAR, Indonesia: Pihak berkuasa menahan seorang lelaki Russia yang cuba menyeludup keluar 10 ekor kala jengking dan empat anak memerang dari Bali, semalam.

Lelaki terbabit meletakkan haiwan terancam itu bersama kala jengking di dalam sebuah kotak yang mengandungi makanan dan susu.

Jurucakap sebuah agensi pemuliharaan Bali, Budhy Kurniawan berkata, anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai mengesan bagasi lelaki itu mengandungi benda hidup ketika pemeriksaan imbasan X-ray.

“Hasil pemeriksaan menemui empat memerang dan 10 kala jengking di dalam bagasi itu,” katanya.

Pada Mac lalu, seorang pelancong Russia cuba menyeludup keluar seekor anak orang utan yang diletak dalam bagasi.

Lelaki itu mahu membawa pulang haiwan terbabit ke Russia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2019 @ 8:47 PM