SEORANG pembantu cuba menghalau lipas itu menggunakan kertas namun gagal. FOTO Agensi
SEORANG pembantu cuba menghalau lipas itu menggunakan kertas namun gagal. FOTO Agensi
AFP

MANILA: Seekor lipas muncul ‘mengganggu’ ucapan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, apabila serangga itu dilihat merayap di bahu presiden itu ketika beliau berucap di Bohol, tengah Filipina.

Lipas berkenaan muncul ketika Duterte bercakap mengenai bakal calon yang diluluskannya untuk pilihan raya pertengahan penggal minggu depan.

Seorang pembantu cuba menghalau serangga itu menggunakan kertas namun gagal.

Duterte kemudian menepis lipas itu dengan tangannya ketika siaran langsung televisyen menunjukkan penonton yang tersenyum.

Duterte yang sudah hampir menamatkan ucapannya bergurau dengan berkata, lipas itu milik parti pembangkang.

Namun, kejadian itu menjadi ejekan di Twitter dengan beberapa status kurang menyenangkan terhadap Duterte.

“Lipas itu mungkin menyedari Duterte lebih teruk dari sampah,” tulis @andy_crush.

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk bercakap sedemikian, tetapi syabas lipas kerana mendedahkan sampah itu,” tulis @keeyaaraaa.

Duterte melakukan siri jelajah kempen untuk menyokong calonnya dalam pemilihan minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 2:54 PM