DUA Lipa.
DUA Lipa.
Agensi

Los Angeles: Selepas kejayaan sebagai penyanyi, bintang pop Dua Lipa, 26, kini serius mempertimbangkan untuk memulakan karier sebagai pelakon.

Lipa berkata, dia kini sudah melalui proses menghafal skrip untuk sebuah produksi.

"Membaca skrip untuk memulakan kerjaya lakonan yang nampaknya tidak mampu dihindari," katanya. Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Break My Heart ini enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai projek lakonannya itu.

Lipa yang kini tampil dengan lagu Levitating menyerlah dalam Grammy Awards yang berlangsung Mac lalu apabila berjaya memenangi kategori Vokal Album Pop Terbaik menerusi album Future Nostalgia. Bukan menghairankan apabila Lipa mahu bergelar pelakon kerana penyanyi popular lain sudah melakukannya. Malah, mereka berjaya melakukannya dengan baik dan disenangi peminat.

Menerusi sebuah program di YouTube berjudul Ask Anything Chat, Lipa pernah memberitahu meminati cerita genre seram.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 April 2021 @ 12:22 PM