MAYAT mangsa pembunuhan Christchurch dikebumikan.
MAYAT mangsa pembunuhan Christchurch dikebumikan.
AFP

CHRISTCHURCH: Seorang jurulatih pasukan bola sepak remaja dan pelajar yang mengimpikan menjaringkan gol bagi kelab Manchester United yang maut dalam kejadian tembakan masjid dikebumikan hari ini.

Ratusan orang termasuk bukan islam dan pelajar sekolah berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada Sayyad Milne, 14, dan jurulatih Tariq Omar, 24.

AFP melaporkan, Sayyad dan Tariq antara 50 mangsa tembakan rambang pengganas berkulit putih di dua masjid, Jumaat lalu.

Bapa Sayyad, John Milne berkata, anaknya ditembak ketika menunaikan solat di masjid Al Noor yang menjadi lokasi pertama serangan pengganas warga Australia, Brenton Tarrant.

Milne menggambarkan anaknya sebagai anak baik dan istimewa yang menyimpan impian bermain untuk Manchester United.

SAYYAD (kiri) danTariq.
SAYYAD (kiri) danTariq.

Sementara itu, Pengarah Akademi Christchurch United, Colin Williamson, menggambarkan Omar sebagai insan baik hati yang menyukai tugasnya sebagai jurulatih.

Pada hari kejadian, Tariq ke masjid Al Noor bersama ibunya dan wanita itu terselamat kerana mencari tempat parkir kereta ketika pengganas melepaskan tembakan.

Di majlis pengebumian, seorang yang hadir melaungkan Allahu Akbar menerusi pembesar suara menandakan solat jenazah sudah bermula.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 10:38 AM