GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

TUXLA GUTIERREZ: Sekurang-kurangnya 25 pendatang dari Amerika Tengah maut manakala 29 lagi cedera selepas trak tiga tan yang dinaiki terbalik di lebuh raya di selatan Mexico, lewat malam semalam.

AFP yang memetik pejabat peguam negara berkata, kejadian itu berlaku di negeri Chiapas berhampiran sempadan Guatemala.

Setiap tahun, ribuan pendatang terutama dari Honduras, El Salvador dan Guatemala terpaksa membahayakan nyawa untuk masuk ke Amerika Syarikat.

Kebanyakan mereka bergerak secara berkumpulan yang lebih selamat namun ada yang mengupah penyeludup untuk membawa mereka bersesak dalam trak lebih muatan.

Oktober lalu, seramai 7,000 pendatang bergerak secara berkumpulan melalui Mexico ke Tijuana di sempadan California sebelum berpecah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 3:05 PM